Jika di kampung, hanya anak-anak lelaki yang muda shj yang
berpeleseran. Namun di Bandar, suasananya lebih parah. Lelaki dan perempuan dengan
pakaian yang tidak sepatutnya, sama-sama
duduk melepak sepanjang malam. Tabiat serupa tidak pula dilakukan oleh bangsa
lain, tetapi dilakukan oleh anak Melayu yang beragama Islam.
Farid teringat suatu
ketika dahulu, dia pernah berasa malu dgn salah seorang bekas rakan kuliahnya
yg berbangsa Cina ketika datang menumpang tidur di rumahnya. Sewaktu dalam
perjalanan pulag ke pansapurinya, mereka terserempak dengan suatu pemandangan
yang mencolok mata.
Apabila melalui satu
simpang sebelum memasuki pangsapuri kediamannya, kelitahan muda-mudi yang duduk
berlonggok di depan sebuah rumah teres disewa beramai-ramai oleh mereka. Jumlah
mereka adalah sekitar 8-10 orang,
bercampur gaul antara lelaki dan perempuan, disulami dengan suara gelak tawa
mereka yang betul-betul menyakitkan hati dan telinga yang mendengar.
“Apalah mereka semua ini? Ada agama atau tidak? Satu sen pun tidak ada
guna. Duduk selonggok macam tahi lembu” sebaris kata-kata yg agak pedas terluah
dari mulut Teo. Farid terpaksa
menelan kata-kata yg itu kerana anak bangsanya yang mencerminkan agama mereka. Ada
benarnya juga kata-kata rakannya itu. Namun budaya kotor ini kian membarah
dalam kalangan muda-mudi di seluruh Negara. Tidak ada penawarnya melainkan iman dan tarbiyah.
No comments:
Post a Comment