Kalau dia
JODOH yang DIJANJIKAN ALLAH S.W.T untuk kita, walau kita BERGADUH, BERTENGKAR,
BERMASAM MUKA dan TIDAK PERNAH BERTEGUR SAPA, kita TETAP akan BERSAMANYA juga
Yang mana, akhirnya JODOH itu bersatu dalam PERNIKAHAN.
# JODOH itu
RAHSIA ALLAH..
hening.sunyi.
kipas angin berputar ligat,berkriuk-kriuk bunyi pusingan kipas lama masjid indah itu.
tenang.mendamaikan.
bunyi tangisan seorang wanita mengisi ruangan.
berselang-seli dengan bunyi pusingan kipas.
terhinjut-hinjut bahu wanita muda itu.
matanya teduh memandang sejadah.
tangannya menadah doa.
meluah isi hati.
memohon seribu perkara.
tawajjuh pada Yang Esa.
wanita itu berjubah ungu tua.
bertudung labuh hitam.
niqob hitamnya berada di sisi sejadah.
terhampar. beralun ditiup angin kipas sekali-sekala.
"Aamiiiin."
kedua tangan wanita itu diraup pada mukanya yang basah.
sejadah dilipat sambil
air mata diseka dengan hujung jari kanannya.
dia bangun membalik badan
menuju almari sejadah.
yang berada di sebelah cermin panjang.
selesai meletakkan sejadah,
wanita itu memandang wajahnya di cermin
ada tanda hitam sedikit di ubun-ubun
kulit wajah putih
bibir merekah merah
hidung terletak
kedua-dua mata bulat
ada sinar memancar
cahaya iman.
wanita itu duduk semula di tempat munajat
dipejam mata buat seketika
di waktu yang sama
menghirup udara ke dalam dada
mengumpul kekuatan
untuk meneruskan kehidupan
dia bersiap ala kadar
bedak compact bb silky girl
ivory 01 dicolek menyapu muka
bibir diules pelembap perisa strawberry
pakaian dicuit sedikit minyak attar perisa apple
niqob diikat kebelakang kepala
dibawa lapisan kedua melepasi kepala
sempurna.hanya dalam 2minit.
matanya sempat melirik ke cermin.
hanya dua biji mata terpamer
bercahaya
yang lainnya,
tenggelam dalam warna.
pintu dikuak.
kaki kiri mendahului.
kipas masih berpusing
menari bersama angin
masjid yang indah kembali sunyi
tanpa suara
tanpa manusia.
***************************************************************************************
"Nurul.berehat la sekejap.risau aku tengok kau kuat sangat bekerja. tak rehat-rehat dari lepas lunch hour tadi." omel Sahara Wardah,rakan kongsi Nurul.
yang kelihatan,mata Nurul menjadi sepet. Wardah tahu kawannya tersenyum. namun, tangan kawannya yang seorang ni tetap menjahit.
Nurul Wardah Collection. Perniagaan pakaian muslimah mereka berdua. Nurul mereka design,menjahit,menguruskan stok. Wardah,menguruskan marketing,operation,account,customers.
beroperasi secara on-line pada mulanya,kini mereka melebarkan sayap perniagaan dengan membuka sebuah butik di Bangsar.
"Sedikit lagi,ya Wardah. tinggal niqob ni je Nurul perlu jahit. siapkan tempahan tempoh hari."suara gemersik itu kedengaran. matanya tertumpu pada kain shiffon di tangan. meneliti kualiti jahitan sendiri.
dia puas. matanya kembali sepet. senyum gembira.
Wardah buat muka seposen. dia tahu sangat dengan perangai Nurul yang dia kenal sejak tahun 1 ijazah pengurusan perniagaan di universiti tempatan. Nurul kata sahaja hanya satu lagi,lepas tu kerja lain pula dia buat. mengemas. membungkus tempahan. menyapu bilik menjahit.
"Dah,dah. jom! kita pergi pasar malam. aku dah lapar ni," Wardah menarik tangan kanan Nurul. Terkejut Nurul bukan kepalang. Niqob yang siap dijahit dirampas Wardah. niqob diletak di hujung meja jahit.
"Asyik masa dengan mesin jahit je. sekarang,masa dengan aku pulak. jealous tau tak!," Wardah memunjungkan mulutnya. Nurul dijeling tajam. Nurul dibawa keluar dari butik.
"Kejap. aku nak kunci butik. takut lari pulak niqob dengan mesin jahit kesayangan dia tu," Nurul masih terpinga-pinga. shock!
"Wardah,sekarang baru pulak 4.15. belom waktu habis bekerja...,"
"woit, kita bukan kerja dengan kerajaan atau syarikat swasta. kita kerja sendiri. suka hati la nak habis kerja pukul berapa. haha," keluar dah perangai Wardah yang brutal. seperti ketika zaman sebelum hijrahnya.
Nurul mendengus. dia tahu, dia tak bisa menolak. A kata Wardah, A la jugak kata putusnya. The end.
"Jom! apa termenung lagi. aku dah bau ayam golek dah ni. lapar giler!," kereta myvi putih berbunyi,tanda unlock door. Sekelip mata Wardah lesap dari muka pintu butik.
Nurul mengjungkit bahu. melepas keluhan. gelengan kepala menjawab segalanya.
tak perlu kata-kata lagi.
******************************************************************************************
Wardah jadi batak melihat bermacam-macam makanan di pasar malam berdekatan rumah sewanya bersama Nurul. ada ayam goreng, ayam percik, kebab ayam, chicken wings, ayam.. ayam.. ayam..
"nak ayam tu!," Wardah men-cop lokasi kedai berkenaan.
"nak ayam yang ni jugak!," matanya bersinar melihat ayam goreng crispy di gerai sebelah kiri Nurul.
kini,Nurul mula mengambil alih membuat muka seposen.
"Wardah,control ayu....," Nurul berbisik pada Wardah.
"apa?," pasar riuh dengan bermacam suara. sukar menangkap pesanan dari suara gemersik Nurul.
"Jaga tingkah lakumu,sahabat. ingat,kita ni muslimat!," mata Nurul tajam menikam. sampai ke hati Wardah.
"oh,ok ok," Wardah menampar-nampar pipinya.
'gara-gara tengok cerita upin dan ipin malam tadi la ni, mengidam ayam...'
Wardah geram dengan hawa nafsunya sendiri. cuba kawal diri, Wardah memandang jalan tar.
bau ayam uncle bob menyengit.
sepantas kilat matanya mencari arah bau ayam tersebut.
'sana! ya,i'm coming.' Wardah tidak tahan lagi. gerai ayam uncle bob diserbu.
Nurul tertinggal dibelakang.
"Wardah buat hal lagi."
Nurul tidak dapat menangkap susuk tubuh Wardah yang kecil molek.
Nurul berpusing 360 darjah.
hampa. Wardah tiada!
itu la yang sering terjadi bila shopping dengan Wardah. Nurul akan shopping sorang-sorang akhirnya. berjumpa semula hanya di car park. a few hours, later.
Nurul berjalan seorang diri.
ada mata-mata memandangnya pelik.
kanak-kanak menjauhinya kerana takut.
ada yang berkata kepada ibu masing-masing,
"ninja la ibu! macam dalam kartun"
Nurul sudah biasa.
tekaknya terasa dahaga.
2 jam lagi baru masuk waktu berbuka.
Nurul memilih membeli soya panas sahaja.
gerai minuman disinggah.
"Soya panas 2ringgit. bungkus." kata Nurul kepada penjual minuman.
"apa dia?," pemuda itu buat-buat tak dengar.
"SOYA.SOYA PANAS.2 RINGGIT." Nurul bersuara lantang.
mana tahu,memang betul-betul tak dengar pemuda ni tadi.
pemuda itu tersengih.
beberapa pasang mata memandang mereka berdua.
customers dari gerai sebelah.
pemuda itu malu sendiri.
"nah,adik manis. abang bagi percuma."
si pemuda cover malu.
"eh,takpe. saya bayar."Nurul letak not RM5 di atas meja.
"nak bayar juga ke? ok lah.abang ambil." sengih lagi pemuda tadi.
Nurul menunggu baki.
pemuda tadi tetap sengih.
berdiri berhadapan dengan Nurul.
tiada respons.
"baki?," Nurul mengangkat tangan kanannya.
"oh..nah ," si pemuda menyerah.
Nurul sambut. ada unsur-unsur menggatal di situ.
mujur Nurul pakai sarung tangan penuh.
jika tidak, pemuda tadi tentu tersentuh kulit tangannya.
"terima kasih,pak cik." Nurul berlalu pergi.
sengih pemuda tadi hilang.
Nurul kembali menyelusuri pasar malam. melihat-lihat makanan yang dijual.
tiada perancangan mahu berbuka apa.
langkah kaki diteruskan sehingga ke hujung pasar.
nasi lemak kerang, menjadi pilihan Nurul untuk berbuka.
Nurul berjalan ke kereta Myvi milik Wardah.
Wardah tidak ada.
'dia masih belum habis shopping.' kata Nurul dalam hati.
Nurul bersandar di cermin kereta.
di tangannya, ada air soya, nasi lemak kerang, buah tembikai susu dan karipap pusing.
Nurul memandang kanan kiri.
kemudian, mulutnya mulai terkumat-kamit.
membaca al-ma'thurat.
sambil membaca, jam tangan dilirik.
5.45.
Nurul memandang langit biru sambil membaca doa rabitah.
penutup al-ma'thurat.
selesai membaca,
Nurul disapa deheman. suara garau.
'pak cik soya tadi ke?' teka Nurul.
Nurul berpusing.
"Ilham!," Nurul menyebut nama empunya suara.
orangnya tinggi lampai. wajahnya coklat cerah.
tiada janggut mahupin misai pada wajah Ilham.
"baca apa tadi? doa minta jodoh turun dari langit ke?,"
terserlahlah Ilham tidak mengetahui bacaan tadi adalah al-ma'thurat.
mungkin Ilham bukan dari sekolah agama dahulu. dia tidak tahu.
"tak la, itu bacaan doa-doa ma'thur yang selalu diamalkan oleh Rasulullah saw.
disusun oleh as-syahid,Hassan al-Banna. didalamnya, ada doa minta sihat tubuh badan,istighfar dan macam-macam lagi." Mata Nurul sepet.
"hehe. oh, ye ke. saya tak pernah tahu apa tu ma'thurat. sorry erk," Ilham melekapkan kedua-dua tangannya. digoyang-goyang ke hadapan ke belakang berulang kali. mata kirinya dikenyitkan.
Nurul mengerti.
"mana tahu Nurul kat sini? " Nurul mengubah topik.
"oh, saya ternampak Nurul tadi. bukan main khusyuk pandang langit. saya ni baru habis kerja. datang nak beli buah dan makanan. tu,dengan kawan saya," Ilham menunjuk ke hujung jalan sana. seorang lelaki menutup mulut dengan tangan kanannya. dia sedang bertelefon.
"I see. saya tunggu Wardah. masih ada kat dalam sana. kunci kereta ada pada dia," Nurul membalas.
"ok. erm,nanti kirim salam kat Wardah. bye!,"
Nurul menghantar Ilham pergi dengan ekor matanya. Ilham,interior designer yang menguruskan reka bentuk dalaman butik dia dan Wardah. kerna pernah bekerja dengannya, Nurul sudah anggap Ilham seperti kawannya. dia juga gila-gila, macam Wardah.
Nurul melihat tubuh kawan serumah Ilham dari belakang.
dia teringat mimpi istikharahnya awal tahun lalu.
mirip.
'ah,mungkin kebetulan sahaja'. Nurul cuba melupakan.
sedaya upaya dia tidak mahu mengingati hari lalu.
menolak risikan-risikan daripada ustaz-ustaz muda.
pedih.namun, itu jawapan Tuhan. dia akur dengan segalanya.
mungkin,ada hikmah disebalik kejadian.
''aku tak layak jadi bidadari dunia ustaz,hafiz quran tu. selayaknya hafiz dengan hafizah''
Nurul monolog.
bukan tidak sudi menerima,
cuma..ketenangan tiada.
mimpi aneh pula yang dirasa.
"hoi! berangan ea," suara Wardah yang nyaring menghentikan lamunan Nurul.
segera Nurul ber-istighfar.
Wardah memasukkan barang-barang yang dibeli ke tempat duduk bahagian belakang.
bukan main banyak dia beli. berplastik-plastik. 'kaki shopping'.
Nurul tidak berkata-kata. dia segera mengambil tempatnya di sebelah tempat duduk pemandu.
sementara,Wardah bernyanyi-nyanyi riang. 'seronok la tu dapat shopping kat pasar malam'.
*************************************************************************************************
sudah sebulan berlalu.
Nurul masih terbayang-bayang susuk tubuh yang dia lihat di pasar malam hari itu.
sama.
rambut paras leher,hitam,lebat.
tinggi.kurus
kulit putih.
'mungkinkah dia lelaki yang dalam mimpi istikharah aku?'
Nurul memandang sarung tangan bermanik di depannya.
sudah siap. kemas jahitannya.
tidak terlalu sarat.
"Nurul,dah siap ke? jom,kita pergi hantar,"
Nurul bercekak pinggang di hadapan Nurul. keningnya terangkat. meminta kepastian.
Nurul yang berpurdah separuh muka berwarna putih mengangguk kepala.
dia mengunjuk sarung tangan pengantin di tangannya,
"cantik!! nanti aku kahwin kau buatkan satu untuk aku tau!," Wardah mengenyit mata.
"dah ada calon ke?," kali ini Nurul pula mengenyit mata.
Wardah menelan liur.
"err...I bukan tak ada calon.
I cuma malas nak layan mamat-mamat yang menggatal kat I," Wardah membalas.
"iye la tu...," Nurul menjeling manja.
"hehe. jom! lambat nanti pengantin nak bersiap. tak lengkap kalau tak pakai sarung tangan ni,"
Wardah mengalih topik. dia berlagak kalut dengan memandang jam tangan.
terkocoh-kocoh pergerakannya dengan cepat-cepat mengambil beg tangan di kaunter pembayaran.
Nurul senyum. dia tahu kali ini dia menang.
Wardah,tak mungkin ada calon lagi.
"maaf,kami lambat. ada excident kat jalan raya tadi. jalan jadi jem,"
Wardah tercungap-cungap.
Nurul disebelah menunduk meminta maaf kepada keluarga pengantin perempuan.
"Tak apa, pengantin ada di dalam. masuklah,"
Puan Ramlah,ibu pengantin perempuan
menghadiahkan senyuman.
Nurul mendahului memasuki bilik pengantin.
cadar katil,langsir berwarna cream.
pengantin sedang duduk menghadap cermin.
mak andam sedang membetulkan tudung pengantin.
anak-anak dara terkekeh-kekeh ketawa.
apa la yang mereka sembangkan.
"Assalamualaikum, Aisyah. kami dah sampai,"
Nurul menyalam pengantin perempuan.
wanita berusia 24 tahun itu tersenyum sehingga menampakkan lesung pipit di kedua pipinya.
cantik.mekap tidak terlalu tebal.
pakaian yang dipakai longgar dan labuh.
seperti gaun cinderella.
jari-jarinya merah dihiasi inai.
"Wa'alaikummussalam warahmatullah. eh,dah sampai. alhamdulillah,"
Aisyah membalas salam dan memeluk Nurul.
Nurul berpakaian sangat ringkas dan kemas.
jubah berwarna merah jambu,berbunga kecil berwarna putih,
bertudung labuh putih dan berpurdah separuh muka juga berwarna putih.
Wardah pula mengambil giliran bersalam dengan pengantin.
Wardah berbaju kurung berwarna merah dan berselendang half moon,
berwarna hitam.
"ni, seperti yang Aisyah inginkan. Nurul dah siap jahit,"
Nurul mengeluarkan sarung tangan pengantin dari dalam beg tangannya.
pengantin memandang. dia mengangguk-angguk berpuas hati.
"terima kasih, Nurul,Wardah,"
mata Aisyah mulai berkaca. terharu.
tiada bayaran dikenakan atas tempahan sarung tangan pengantin itu.
perkenalan setahun yang lalu membawa dia jauh berbeza kini.
selepas gagal dalam percintaan yang lepas,
Aisyah membawa diri ke tepi tasik shah alam.
dia hilang arah.
dia ingin membunuh diri,
dia terjun ke dalam tasik.
ketika itu,
Nurul dan Wardah bersiar-siar keliling tasik.
mereka ternampak Aisyah tenggelam timbul
Wardah menyelamatkan Aisyah
kemudian membawa Aisyah ke masjid shah alam.
Nurul belikan Aisyah jubah, sarung tangan dan stokin,
juga sehelai tudung labuh berwarna hitam untuk Aisyah
tanpa bertanya sebab musabab kenapa Aisyah hampir lemas
tanpa berta'aruf dengannya
mereka berdua melayan Aisyah seperti puteri raja.
aisyah pakai kesemuanya
walaupun sebenarnya dia berpakaian ketat dan bertudung pendek
dalam kehidupan sebenarnya
Nurul dan Wardah mengajaknya solat zohor berjemaah
memandangkan azan zohor sudah berkumandang
dia terus solat dengan pakaian yang Nurul belikan
tanpa memakai telekung
sama seperti Nurul dan Wardah
semenjak hari itu,
dia tidak tinggalkan pakaian seperti yang dia pakai ketika itu
dia rasakan ketenangan yang luar biasa
Aisyah menjadi pelanggan tetap butik Nurul Wardah Collection.
"ya Humaira. berterima kasih la pada Allah.
Dia yang memilihmu menerima taufiq hidayah ini,
kami hanya pengantara..," jawapan yang sama Nurul tuturkan pada Aisyah.
sama seperti jawapan setahun yang lalu.
Nurul mengesat air mata Aisyah dengan sapu tangan miliknya.
"Dah siap,angah?," Puan Ramlah muncul di muka pintu.
"Sikit lagi,ibu. tinggal nak pakai sarung tangan ni,"
Puan Ramlah berlalu.
Aisyah segera menyarung sarung tangan dalam keadaan berdiri menghadap cermin.
"Dah siap!," Aisyah memandang semua yang ada di dalam biliknya.
semua mata tertancap pada Aisyah.
"Cantiknya,kak Aisyah. macam bidadari,"
"Perfect!,"
"Mesti abang Asyraf terpukau,"
kata-kata mereka membuat pipi Aisyah merona kemerahan.
malu.
"Jomlah,kita ke ruang tamu. semua dah ready," Wardah membuka pintu bilik.
Aisyah dipimpin oleh Nurul ke ruang tamu.
semua mata memandang mereka ketika menuruni tangga dari tingkat atas.
flash kamera-kamera menyilaukan mata Nurul.
Dia berjalan di sebelah Aisyah.
Majlis akad nikah berjalan dengan lancar.
dengan sekali lafaz,
Nur Aisyah bt Abdul Rahman sah menjadi isteri Asyraf Zafran bin Abdullah.
seorang ustaz sekolah menengah agama.
Aisyah mengalirkan air mata bahagia.
saat mencium tangan suaminya.
tidak disangka Allah menggantikan orang yang soleh menjadi suaminya
sedangkan suatu masa dahulu
dia bergelumang dalam dosa jahiliyyah
couple, mendedahkan aurat, melawan cakap ibu ayah
Aisyah akan mengikut suaminya yang akan menyambung pelajaran di Mesir selepas majlis walimah mereka.
Asyraf akan menyambung Master dalam bidang Syariah.
Wardah dan Nurul berpandangan sesama mereka.
ikut bahagia dengan apa yang mereka lihat.
majlis walimah diadakan selepas majlis akad nikah
memandangkan waktu itu waktu makan tengah hari,
terus dilangsungkan di hadapan rumah pengantin perempuan
tiada pelamin, meja beradab, mahupun nyanyian.
pengantin makan di dalam rumah sahaja.
makan bersila.
Nurul dan Wardah mengambil tempat untuk menjamu selera.
mereka duduk di hujung sekali.
tersorok dan tiada lelaki kerna khemah telah diasingkan antara lelaki dan perempuan.
Nurul dapat makan dengan selesa.
Dia menyelak sedikit purdahnya dari tepi dengan menggunakan tangan kiri.
sangat sopan dan berhati-hati.
sementara, Wardah sudah bangun untuk menambah lauk.
second round.
"Sedaplah lauk dia," Wardah kembali duduk.
Dia meratah ayam golek yang baru diambil tadi.
"Dah favourite Wardah..," Nurul membasuh tangan.
Dia sudah selesai makan.
"Hehe," Wardah terkekeh.
*****************************************************************************************
"Aisyah,kami balik dulu. Sedap lauk-pauk yang disediakan," Wardah menyalam Aisyah yang berdiri di pintu masuk khemah.
suami Aisyah sedang sibuk bersalam dengan tetamu lelaki yang juga mahu pulang.
"Wardah,Wardah...ish ish ish, lauk pauk yang diingatnya," Nurul ketawa geli hati.
kini, dia pula bersalam dengan Aisyah.
" barakallahu lakuma wabaroka 'alaikuma wajama'a baina kuma filkhair.
Aisyah,jadilah isteri yang solehah ya. taat pada suami. ok,"mereka berdua berpelukan.
Aisyah menitiskan air mata sekali lagi.
"Terima kasih atas doa itu.
Insyaallah, Aisyah akan berusaha jadi isteri yang terbaik untuk suami Aisyah,"
Aisyah melepaskan pelukan.
Nurul menyeka air mata Aisyah sekali lagi.
"Sudah la. jangan menangis lagi.
inikan hari bahagia Aisyah," Nurul cuba menghiburkan hati Aisyah.
Wardah mengusap lembut belakang Aisyah . tutut sama menenangkannya.
"Ok, ready. 1,2,3. Smile!," juru foto memberi arahan.
menangkap gambar kenangan di hari bahagia Aisyah dan suami.
tiba-tiba, Ilham dan seorang kawannya menyelit sama.
berdiri di sebelah pengantin lelaki.
"Lagi sekali,bang. tak lengkap tak ada kami yang macho ni. hehe,"
Suara Ilham membuat Wardah terasa loya.
"Eeei,perasan! ," jawab Wardah sambil buat gaya mahu muntah.
"eleh. mengaku je la, I ni memang macho. uwek," Ilham menjulur lidah kepada Wardah yang berdiri di sebelah pengantin perempuan.
"gelinya!," spontan Wardah membalas.
"ok. one more time," flash camera membuat pandangan Nurul hilang seketika.
Nurul menggosok-gosok matanya.
"Eh, Wardah! kau memang selalu tak puas hati dengan aku,kan.
dah puas hidup,eh?," mula dah perang dunia kali entah keberapa.
"Suka hati aku la. mulut aku. betul apa, kau tak macho pun," Wardah bercekak pinggang dihadapan Ilham.
Ilham menunjukkan buku lima dengan tangan tangannya.
Wardah membalas dengan membulatkan matanya.
"apa? nak tumbuk,tumbuklah. tak takut!,"
Wardah menjulur lidah.
"eii,nasib baik ko perempuan. kalau tak, memang kena la penumbuk aku ni,"
Ilham mendengus.
"korang berdua ni,Nurul kahwinkan jugak karang.
asyik bergaduh je. macam anjing dengan kucing,"
Nurul menghampiri Ilham dan Wardah.
"Betul.betul.betul," Suara asing menyahut.
seorang lelaki berjanggut dan berkopiah putih hadir di sebelah Ilham.
penampilannya ringkas.
berbaju melayu hijau muda.
Nurul memandang sekilas.
cepat-cepat dia menunduk memandang lantai.
jantungnya berdegup kencang.
Nurul merasainya dengan meletakkan tangan kanannya didada.
'benar! dia orangnya'
"are you ok, Nurul?," Wardah kaget dengan reaksi Nurul.
takut asma kawannya menyerang lagi.
"i'm ok," mata Nurul sepet.
Wardah lega.
"Kami minta diri dulu," Nurul berlalu meninggalkan Ilham dan kawannya.
Wardah mengekori tanpa banyak tanya.
sempat dia berbisik kepada Ilham,
"agaknya kuat sangat kita bertekak tadi. ni ko punya pasal la," Ilham menjeling tajam.
"ko yang mulakan dulu,aku pulak yang kena," dia tak mahu mengalah.
kawan Ilham hanya memandang apa yang berlaku.
sampai di rumah sewa, Nurul terus menuju biliknya.
sepanjang perjalanan tadi, Nurul hanya diam seribu bahasa.
biasanya dia tidak begitu.
Nurul akan ikut menyanyi lagu nasyid yang dipasang.
bila tersalah lirik,dia akan terkekeh ketawa.
'agaknya, dada dia sakit kot,'
Wardah turut sama masuk ke biliknya.
jam 9malam.
Wardah duduk di sofa di ruang tamu.
menanti cerita kegemarannya start sebentar lagi
drama bersiri yang diadaptasi dari novel popular.
Wardah memandang pintu bilik Nurul.
sejak balik dari kenduri kahwin tadi,
Nurul tidak keluar-keluar dari bilik.
bimbang juga Wardah dibuatnya.
Hasrat hati nak menjenguk Nurul terbantut,
apabila drama kegemarannya sudah bersiaran.
setelah tamat episod hari itu, Wardah membuka pintu bilik Nurul.
didapati Nurul sedang tidur,siap berselimut lagi.
'penat sangat kot hari ni. semalam dia kerja kuat, agaknya
tak cukup rehat,' fikir Wardah yang kembali menutup pintu bilik Nurul.
"Ya Allah, apakah maksud semua ini?
Jangan kau uji hamba dengan perasaan ini..
aku tidak mahu menaruh hati pada mana-mana lelaki lagi
aku hanya mahu mencintai suamiku yang sebenar nanti,"
esak tangis Nurul berlagu di kamar kecilnya.
Nurul kembali membuka matanya,
dia tidak tidur lagi.
dia hanya pura-pura tidur.
fikirannya kacau bila melihat jejaka tadi.
jejaka yang pernah hadir dalam hatinya suatu masa dahulu.
ketika di tahun dua,
Nurul seorang blogger yang aktif.
sering menulis tentang agama dan nasihat tentang wanita muslimah.
dia mengikuti beberapa blog keilmuan
antaranya blog seorang pemuda agama
sehingga timbul kekuatannya memberitahu isi hati
dengan persetujuan keluarga Nurul
dia memberanikan diri melamar jejaka itu untuk menjadi suaminya
namun,cintanya ditolak dengan alasan
pemuda itu tidak mahu memikirkannya ketika masih belajar
pemuda itu bilang, dia masih belum bertemu yang berkenan di hati
tanpa bertentang mata,
melihat susuk tubuh sebenar pemuda itu,
Nurul membuat tindakan gila itu
yang ada di blog pemuda itu
hanya sekeping gambar passport.
sejak itu,Nurul menjauhi dunia blog.
dia malu dengan apa yang dilakukan.
sejak hari itu,
dia berjanji dia tidak akan bertindak seperti itu lagi.
never!
Nurul tidur dalam esakan.
cuba meneggelamkan kenangan lampau
dengan dibuai mimpi malam
**************************************************************************************************
"hai!," Ilham meyapa Nurul yang ketika itu sedang menggantung pakaian-pakaian muslimah.
"assalamualaikum," Nurul membuatkan Ilham malu sendiri.
"wa'alaikummussalam ustazah Nurul,"
Ilham cuba bercanda dengan menjawab seperti budak-budak tadika.
Nurul senyum. geli hati dengan gelagat Ilham.
"Wardah ada?," mata Ilham melilau mencari Wardah.
"Wardah dalam pejabat. ambil pesanan pelanggan dalam fb,"
"oh..boleh panggil dia?," Ilham buat gaya gedik depan Nurul.
beberapa pelanggan yang ada memandang Ilham pelik.
"kejap,ya," Nurul bergegas ke bilik pejabat.
Wardah muncul di muka pintu.
baru sahaja hendak keluar dari bilik.
'hah,elok la pun. cik abang tengah tunggu kat depan,"
"cik abang? setahu aku abang-abang aku duduk jauh.tak akan abang aku datang..," Wardah pelik.
mereka beriringan ke ruang hadapan butik.
"hah,ada pun kau. ingatkan merajuk lagi,"
Ilham menyambut kehadiran Wardah dengan memerli.
"bila masa pulak aku merajuk? tak kuasa," Wardah menjeling Ilham.
"ehem-ehem. nak bertekak dekat luar ya. butik sedang beroperasi ni,"
Nurul menolak Wardah ke luar butik.
Ilham memuncungkan mulutnya. dia membontoti Nurul dan Wardah.
Nurul kembali menyambung kerjanya yang tertangguh.
"Ko nak apa hah? sibuk ja. aku busy," Wardah memandang ke arah lain.
"ala..sorry la pasal hari tu. aku minta maaf. Nurul dah ok ke?,"
"aku dah maafkan semua kesalahan orang kat aku sebelum tidur".
"eh,eleh. ingatkan nak tanya pasal aku. baik ko tanya terus kat Nurul,"
"eh,bukan. aku memang nak jumpa ko minta maaf je.
yang Nurul tu housemate aku suruh tanyakan," Ilham berterus terang.
"kawan ko yang 'betul.betul.betul' tu ke?,"
"ha'ah."
Wardah mendengus. apa nak jawab eh.
"Wardah ok. dia penat kerja je rasanya hari tu. kan dia jahitkan sarung tangan pengantin,"
Wardah cuba meneka. sejak hari itu, Nurul lain benar.
selalu senyap dan bersendirian.
terperuk dalam bilik.
"oh,bagusla tu. nanti aku cakap kat housemate aku,''
"em,tu je ke? kalau dah tak ada apa,ok lah. bye,"
Wardah memegang pintu butik. mahu masuk semula.
"jap.jap. ada lagi nak cakap," Ilham cuba menahan tindakan Wardah.
"apa lagi?," Wardah buat muka seposen.
"aku macho,kan?,"
"ergh! blah la. buang masa aku ja," Wardah menghempas pintu butik.
Ilham mati kutu. gerun.
Wardah berdiri di kaunter pembayaran.
dia terdengar bunyi sms baru masuk. "biip.biip"
"sapa pulak la ni. buat aku hangin je,"
Wardah masih bad mood gara-gara lawak bodoh Ilham.
aku nak belanja ko dinner hujung minggu ni. jumpa kat KFC, seksyen 7 Shah Alam. 9 malam tau. jumpa di sana.-yang macho.
Wardah kembali buat muka seposen.
"Nurul,jom makan!," Wardah menyenduk sup ayam ke dalam mangkuk.
Nurul sedang mengupas buah oren mandarin di meja makan.
"ok." sepatah sahaja yang dia jawab. biasanya, Nurul akan banyak cakap.
suruh ambil pinggan. suruh buatkan air. ambilkan air basuh tangan.
"ko ok x ni? demam eh,"
Wardah melekapkan belakang tangan kanannya pada dahi Nurul.
tak panas.
"saya ok. saya dah besar," Nurul cuba mengajuk kata-kata dari iklan di tv.
dia ketawa sendiri.
Wardah meletakkan semangkuk sup ayam di atas meja makan.
dia duduk berhadap dengan Nurul.
"aku cakap betul-betul ni.
ko ada apa-apa problem ke?
ada orang merisik ko lagi ke?"
Wardah buat muka serius.
Nurul berhenti mengupas oren. dia memandang Wardah.
"tak ada apa-apa la. aku khusyuk kupas oren ni.
kena hati-hati. takut air dari oren ni merecik ke mata,"
Nurul cuba berdalih. dia sedang memikirkan 'pemuda blog' itu.
"haha. kelakar la ko ni," Wardah mengambil pinggan.
dia bernyanyi-nyanyi riang. lagu korea.
lagu 'midnight, group beast'
Nurul mengutil-ngutil nasi di dalam pinggan.
matanya tidak beralih dari majalah Nur di hadapannya.
Wardah pelik dengan Nurul.
dari tadi tak suap-suap nasi ke dalam mulut.
muka surat majalah yang Nurul baca tak beralih-alih ke halaman yang lain.
Wardah merampas majalah Nur yang dibaca Nurul.
Nurul baru sedar dari lamunan.
"apa yang bestnya. ni gambar iklan safi je,"
Wardah memandang muka surat yang dibaca Nurul.
Nurul cuba senyum.
"Why,sahabat? ada pepe prob,kabo kat hamba nim,"
Wardah bercakap english+melayu+dialek terengganu,
sambil menepuk dadanya.
Nurul memandang meja makan.
"ko ingat lagi dengan kawan Ilham masa kat kenduri kawin Aisyah?,"
"erm..ingat. nape?," Wardah menghirup sup ayam buatannya.
"dialah lelaki yang hadir dalam mimpi istikharah Nurul dulu,"
Wardah tersedak.
mana mungkin dia lupa pada peristiwa Nurul menolak risikan beberapa lama dahulu.
seorang hafiz lulusan al-azhar mesir.
kerana mimpi yang pelik dan tiada ketenangan hati.
"biar betul. ko yakin?,"
"iya. aku yakin dia. aku nampak dia kali pertama masa di pasar malam hari itu.
yang ko beli banyak ayam tu,"
''aku tak tahu pun," Wardah kembali menghirup sup ayam.
"ko tak tanya. baru Nurul teringat, masa tu Ilham tegur Nurul.
dia baru sampai kat pasar. dia kirim salam kat Wardah,"
"huh. dah sebulan lebih baru kabo,"
"hehe," Nurul menggaru kepalanya yang tidak gatal.
Nurul bersyukur Wardah seperti lupa akan topik utama perbincangan mereka.
"Wa'alaikummussalam warahmatullahi wabarokatuh,"balas Wardah bersungguh.
"hah! baru teringat. malam ni dia nak belanja KFC kat seksyen 7. jam, 9 malam,"
Nurul terperanjat. dia menggosok-gosok dadanya menahan peranjat.
"jom pergi.. ayam original kfc. rindunya nak makan," Wardah menggoncang-goncang bahu Nurul.
bersungguh mengajak.
"tau la favourite dia ayam. ye la- ye la," Nurul menyuap nasi ke dalam mulut.
suapan sulong.
"yahoo! AYAM. AYAM. AYAM," Wardah menari kegembiraan.
membawa mangkuk sup dan pinggan ke singki.
dia terlupa pada pangkal perbualan dia dan Nurul tadi.
yang ada dalam kepala.
AYAM ORIGINAL KFC.
*******************************************************************************************************
'Sorry,lambat," Nurul dan Wardah duduk di kerusi kosong di depan Ilham.
mereka duduk menghadap pemandangan luar.
betul-betul di tepi dinding.
"takpe.takpe. asal ko belanja aku parking fee i-city,"
Ilham menunjukkan sebaris giginya yang putih.
"Apsal pulak?," Wardah buat muka seposen. lewat 5 minit je pun.
sebab susah cari parking.
malam minggu. ramai orang.
ada yang nak g jackel. g restoran-restoran kat seksyen 7 ni
berebut-rebut dengan pelajar-pelajar uitm lagi.
'ingat senang ke nak cari parking!', Wardah mengomel dalam hati.
"jangan melawan cakap si macho,ok,"
"You late,you pay," Ilham menjulur lidah kepada Wardah.
Wardah mencebik.
''sapa kata kitaorang nak masuk i-city.
kitaorang nak gi tempat lain lepas ni,"
Wardah memandang Nurul.
minta Nurul turut bekerjasama kelentong.
Nurul terpinga-pinga.
tidak beri apa-apa respons.
"jangan nak temberang,"
Ilham mengajuk gaya kak ros dalam upin dan ipin.
Wardah memeluk tubuh
membuang pandangan ke luar kfc.
"tak apa la Wardah. rm10 je.
kalau Wardah tak nak bayar,
biar Nurul bayar. "
Nurul mengalah. cuba mengambil hati Wardah.
Wardah memandang penuh makna pada Nurul.
terharu.
"Nurul bayar. nah," Nurul meletakkan not sepuluh ringgit
di hadapan Ilham.
serba salah dia dibuatnya.
"erk,erk..," Ilham tak tahu nak kata apa.
"tak apa, Ilham mesti dah guna banyak duit bayar dinner ni,"
Ilham akhirnya tersenyum.
'terima kasih sebab memahami',bisik hati Ilham.
dua tray sarat makanan diletak di atas meja.
Nurul terperanjat memandang 'pemuda blog' dihadapannya.
malu menyimbah mukanya.
wajahnya bertukar kepada rona merah jambu.
Ilham dapat detect perubahan Nurul.
"oh,ya! saya lupa. Nurul berpurdah.
mesti segan nak makan depan kitaorang.
erm... jom Fakhruddin,kita makan kat belah sana,"
Ilham bangun membawa satu tray ke sudut lain.
membelakangi Nurul dan Wardah.
"aku faham.
sumpah,aku tak tahu dia datang dengan housemate dia.
kalau ikut logik,memang kena bawa teman.
apa-apa je la.
sabar eh.
jom makan,"
Wardah membawa sepinggan dinner plate kepada Nurul.
Nurul diam.
Nurul tunduk sedikit.
dibawa cawan air ke dalam purdah biru mudanya.
air mirinda strawberry diminum dari sebatang straw.
Wardah sangat happy melihat pokok-pokok lampu
di dalam i-city
berwarna-warni dan berbagai bentuk
sekejap-sekejap dia berhenti di pokok-pokok lampu itu
meminta Nurul merakam gambarnya dengan menggunakan
camera handphone.
ada kalanya, Ilham yang tolong ambilkan gambar
dia dan Nurul.
"eleh,kata tak nak masuk i-city.
alih-alih dia yang lebih 'excited'," Ilham mencebik.
Ilham check gambar yang telah diambil.
betapa riangnya Wardah.
seperti kanak-kanak ribena!
''suka hati la!," Wardah merampas handphone dari tangan Ilham.
"eh,eh," Ilham terkejut.
"tak baik pandang lama-lama gambar anak dara orang,"
Wardah menjulur lidah kepada Ilham.
Dia berlari mendapatkan Nurul yang sudah masuk ke dalam salah satu kedai.
Ilham tersenyum seorang diri.
'patutnya aku bluetooth pic tadi. lambat. padan muka'
Ilham sengih.
"Nak apa-apa ke? biar aku bayar," Ilham muncul di sebelah Wardah.
Nurul dan Wardah membelek-belek barangan berlampu di kedai itu.
ada cekak yang berlampu.
lampu picit mini.
lampu tidur.
"tak payah la,en.Ilham. takut you tak mampu nanti,"
Wardah memerli Ilham.
Ilham menelan liur.
'terkena lagi'
Nurul melirik ke arah kawan Ilham.
dia sedang merakam suasana i-city dengan kamera digital.
mungkin dia dan Ilham telah merancang terlebih awal
mahu memasuki i-city.
dari tadi, kawan Ilham hanya diam.
tak semesra Ilham.
mungkin,dia seorang yang sangat menjaga batas pergaulan.
malam ini, pemuda itu tetap berkopiah putih.
berbaju t-shirt dan berseluar slack.
sangat bersederhana.
penampilan Islam dibawa ke mana-mana.
Wardah perasan Nurul melirik ke arah pemuda mimpi istikharah itu.
Wardah memalingkan mukanya pada Ilham.
"wey,sapa nama housemate ko tu.
senyap je dia dari tadi,"
Ilham memandang hosuemate dia yang sedang merakam kanak-kanak
sedang bermain buih belon.
"oh. nama dia Fakhruddin. dia memang tak banyak cakap,"
Ilham berjalan beriringan dengan Nurul dan Wardah keluar dari kedai.
"orang mana?,"Wardah kembali bertanya.
"Orang terengganu. kerja kat bank islam cawangan KL,"
"oo..alim ye dia. mesti dah ada tunang,kan?" Wardah terus straight-forward.
"haha. depan perempuan dia pemalu sikit. alim jugak la.
hari-hari solat kat masjid kot.
tunang..belom lagi. tengah cari.
jom,aku kenalkan korang dengan dia,"
Ilham mendapatkan Fakhruddin.
Nurul menggenggam tangan Wardah.
meminta disalurkan kekuatan.
Wardah menggenggam erat tangan Nurul.
" saya, Fakhruddin. panggil Fakhrul cukup la.
selamat berkenalan," Fakhrul memandang bawah.
"wah,susahnya nak jumpa lelaki macam ni lagi sekarang.
menundukkan pandangan,"
Wardah tidak berselindung akan perangainya yang sebenar.
main cakap je apa yang dia nak cakap.
"saya Wardah. ni Nurul. partner merangkap housemate dan
merangkul gelaran best friend saya,"
"kami ada buka butik muslimah di Bangsar," Wardah menjuarai sesi perkenalan itu.
"saya sedia maklum. Ilham dah cerita pada saya," Fakhruddin tetap tunduk.
"haha. jangan la malu sangat dengan kami berdua,"
Wardah cuba menceriakan suasana.
Ilham bermain tangkap buih belon.
meninggalkan Wardah dan Nurul bersembang dengan Fakhruddin.
"enti sihat?," Fakhruddin memberanikan diri memandang Nurul.
semakin kuat genggaman tangan Nurul pada jemari Wardah.
"alhamdulillah," gemersik suara Nurul.
Nurul juga tunduk memandang tanah.
menjawab tanpa memandang Fakhruddin.
"alhamdulillah. bimbang ana tengok enti tempoh hari,"
Fakhruddin mula jadi mesra.
tak malu lagi seperti mula-mula tadi.
'dia ambil berat pasal kesihatan aku.terharunya.'
Nurul bermonolog dalam hati.
mereka berempat bersiar-siar sekitar i-city,
kemudian berpecah pulang ke rumah masing-masing.
"ni kad saya.
kalau nak minta pinjaman besarkan perniagaan or
nak bank uruskan pembelian stok,
bolehla berurusan dengan saya.
kami ada produk murabahah, bai bithaman ajil,
mudharabah,musyarakah dan banyak lagi
urus niaga berlandaskan syariah,"
masih terngiang-ngiang suara Fakhruddin tadi
Nurul memandang kad niaga Fakhruddin.
tertera nama, jawatannya sebagai eksekufif bank islam
juga no telefon beliau.
Wardah memberi tumpuan yang penuh pada pemanduan.
'rupa-rupanya, inilah 'pemuda blog' tu.'
'apakah maksud semua ini,ya Allah?
kenapa kau pertemukan dia denganku di alam nyata?
mengapa ya Ilahi?'
Nurul memandang kedada langit.
bintang-bintang berkerlipan.
ingatannya masih pada Fakhruddin.
adakah akan ada sesuatu antara dia dengan Fakhruddin nanti?
*****************************************************************************************************
"ko masuk dulu. aku nak g tandas," Wardah memberi arahan.
Nurul memasuki ruang legar KLIA. beberapa orang memandangnya.
mungkin pelik melihatnya berpakaian serba hitam dari atas hingga bawah.
Aisyah melambai-lambaikan tangan ke arahnya.
sudah dimaklumkan di sms tadi Wardah dan Nurul akan datang.
Nurul menghampiri Aisyah.
kagum dengannya.
dari jauh sudah kenal Nurul.
bila ditanya,camne kenal,
Aisyah tersenyum, "tengok mata,"
Nurul menunduk malu.
"ya Humairah,ni hadiah untukmu," Nurul memberi sebungkus plastik bertulis
'NURUL WARDAH COLLECTION'.
"apa ni?," Aisyah membongkar isi bungkusan.
purdah dan niqob!
3 helai purdah berwarna hitam dan putih.
2 helai niqob satu layer.
"apa lagi ni Nurul? susah-susahkan Nurul je," Aisyah rasa sangat terharu.
benar,dalam perbualannya dengan Nurul minggu lalu,
Aisyah telah menceritakan suaminya ingin Aisyah berpurdah
Nurul telah berkongsi cara-cara menjahit purdah.
Aisyah memakai purdah buatannya sendiri tika di KLIA itu.
"hadiah daripada sahabat,untuk sahabat yang dia cintai kerana Allah,"
Nurul memaut kedua-dua bahu Aisyah dengan kedua-dua tangannya.
mereka berdiri berhadapan.
mata Aisyah mulai berkaca.
"Aisyah, sudah tiba masanya berlepas," suami Aisyah menghampiri.
baru Nurul sedar ramai kenalan,keluarga kedua-dua belah pengantin di situ.
Nurul dan Aisyah buat drama swasta pula disitu.
mata Nurul menangkap susuk tubuh seseorang.
segera dia berpaling dari diperhati oleh si dia
'malunya..'
"Aisyah,sorry..aku sakit perut tadi. ko jaga diri tau kat sana.
pepehal,kalau boring kte sembang kat fb.
tangkap gambar banyak2 tau.
bagi aku tengok.
tak dapat gi, dapat tengok gambar pun jadi la,"
Wardah berpelukan dengan Aisyah.
mengikut perancangan, Aisyah dan Asyraf akan melakukan umrah
umrah itu bulan madu mereka
selepas itu, baru la Asyraf, memulakan pengajian Master.
"anta,jaga diri. pimpin keluarga anta dengan sebaiknya.
kirim salam pada sahabat-sahabat kita yang masih ada di sana,"
Fakhruddin bersalam dengan Asyraf diikuti pelukan.
"dia sahabat suami Aisyah rupanya..patut la ada di majlis walimah hari itu,"
Nurul membuat kesimpulan. perbualan antara Fakhruddin dan Asyraf
bisa didengarinya kerana mereka bersembang tidak jauh dari Nurul.
hilang sahaja Aisyah dan Asyraf dari pandangan,
Nurul mencari kelibat Fakhruddin dengan ekor matanya
Nurul temui kegagalan.
Wardah mengheret tangan Nurul memasuki kedai eksesori,
Nurul mengikut sahaja seperti layang-layang yang ditiup angin.
longlai,lemah.
"Assalamualaikum. hai!," Ilham menopang dagu di depan Wardah.
konsentrasi Wardah pada kerja terganggu.
dia berhenti menaip.
"ko nak beli apa?," Wardah buat muka seposen.
hanya ada dua kemungkinan sahaja Ilham datang ke butik itu,
sama ada untuk membeli-belah atau
menyibuk sahaja.
"sapa kata aku nak beli?,"
Ilham buat muka musykil.
Wardah mengeluh.
"habis tu?,"
"ko tak bau apa-apa ke?,"
Ilham mengangkat kening.
"bau? bau apa?,"
"err..lembap la ko.
nah!," Ilham meletakkan sekotak pizza di atas meja kerja Wardah.
Wardah teruja. cepat-cepat dia membuka penutup kotak pizza Hut.
"chicken wings! yummy,yummy." Wardah terus mengambil satu
chicken wing. dibawa ke pantri.
pinggan plastik diambil dan diletak chicken wing diatas pinggan.
"gelojoh la ko ni,bunga," Ilham menggeleng-geleng kepala.
"panggil Nurul makan sekali," Wardah baru sahaja mahu makan,
dia terhenti.
"Nurul tengah solat. sikit lagi dia balik la,"
Wardah tidak sabar lagi. terus disua chicken wing ke mulutnya.
"lah! apsal ko tak cakap. maknanya kita berdua je la kat butik ni.
arrrrgggghhhhh! aku masih teruna!," tiba-tiba Ilham menjerit
dia menyilangkan kedua tangannya dan meletakkan di dada.
"huh,yang kat depan tu apa? bukan orang?,"
Wardah kembali buat muka seposen.
beberapa orang customer memandang ke arahnya.
mereka sedang melihat-lihat pakaian dan tudung yang dijual di butik.
"hehe. sorry,sorry semua. saya berlatih berlakon je. macho kan saya?,"
Ilham cover malu.
Nurul memasuki butik.
dia menunduk hormat pada pelanggan-pelanggan.
"Nurul. jom, makan," Ilham mengajak.
sudah dua potong pizza dia ngap.
"ana shoum al-yaum. tafaddol,"
Nurul memasuki bilik menjahitnya.
terpinga-pinga Ilham dibuatnya.
"apa dia cakap?," Ilham tidak faham.
"Dia puasa hari ni. so,kita je la makan,"
Wardah menyuap kepingan Hawaiin pizza yang ketiga.
''sedap!,''
Ilham memerhati gelagat Wardah makan.
teringat dia akan perbualan dengan Nurul,
di awal perkenalan mereka.
"Wardah tu dulu tomboy.
pakaiannya macam lelaki.
pakai topi, kemeja.
rambut pun macam lelaki.
family dia semua lelaki.
pada suatu hari,
ada seorang pengkid tergila-gilakan dia.
datang rumah sewa kami.
menggoda Wardah.
Dulu,nama dia Eddy.
masa tu, Nurul selamatkan Wardah.
Nurul pakaikan Wardah tudung labuh Nurul.
pengkid tu tak dapat cam Wardah yang mana satu
dia lari dan tak muncul lagi.
Wardah tekad dan sedar mulai hari tu
tudung labuh bukan hanya pakaian biasa
ianya penyelamat iman dan nafsu serakah.
cuma...Ilham jangan ambil hati dengan sikap Wardah
maafkan sikap gila-gila dia,
dia masih belajar menjadi seorang muslimah sejati."
"Nurul...bangunlah! kita dah nak bertolak dah ni,"
Wardah menggoyang-goyang badan Nurul.
Nurul tidur di sofa panjang di ruang tamu.
sebuah buku islami terlekap di atas badannya.
"nak pergi mana ni?," Nurul gagahkan badan bangun.
matanya dipisat-dipisat.
"ko lupa ke? hari ni kita ada shooting untuk keluaran baru
koleksi Nurul Wardah Collection. aih," Wardah menggeleng-geleng kepala.
"iye ke? so sorry,tak ingat la..," Nurul segera bangkit.
terus dia naik ke tingkat atas.
"cepat sikit. bawa baju lebih. kita akan tidur kat sana,"
"ye.ye,"Nurul memboloskan diri ke dalam bilik beradunya.
pintu ditutup. Wardah menanti di ruang tamu.
"aik, apsal bawa beg ke luar pagar. kita tak naik kereta ke?,"
"tak payah," Wardah membalas malas.
Wardah berjalan mengheret beg trolly ke stesen bas berdekatan rumah.
Nurul hanya membontoti.
''nak naik apa ni? teksi ke..?,'' Nurul berteka-teki.
"tak payah bayar pun. free. hehe," jawapan Wardah terus membuatkan Nurul keliru.
"lambat la ko bunga. janji pukul 10. ni lah perempuan. bersiap berjam-jam. bla bla bla
," Ilham menyambut kehadiran Nurul dan Wardah dengan bebelan.
"berjanggut aku tunggu korang tau tak?," Ilham mengakhiri sesi bebelannya.
"ko bukan memang dah berjanggut ke?," Wardah menjawab pendek.
Ilham memegang janggutnya. 'ha'ah la.dah tumbuh janggut.baru perasan.'
"cepat la buka bonet. panas la," Wardah mengipas-ngipas dirinya dengan shawl labuhnya.
"eii,mengarah je pandai," Ilham marah-marah namun dia bergerak
membuka bonet kereta Honda City hitam.
Wardah meletakkan beg trolly ke dalam bonet. Nurul juga berbuat perkara yang sama.
"kita tumpang kereta Ilham ke?," Nurul sempat berbisik kepada
Wardah ketika meletakkan beg mereka ke dalam bonet.
"dia je yang tahu destinasi. alang-alang kereta dia kosong. kita tumpang sekaki la.
jimat belanja. hehe,"
Wardah masuk ke dalam perut kereta Vios.Nurul duduk di sebelah Wardah.
"Ok. boleh jalan dah. bismillah," Ilham memulakan perjalanan.
"Eh, Fakhrul pun ikut. tak perasan pula tadi,"
kata-kata Wardah hampir membuatkan
jantung Nurul gugur. Nurul tak bisa melihat Fakrul.
dia duduk dibelakang tempat duduk Fakrul.
manakala, Wardah duduk di belakang tempat duduk Ilham.
"assalamualaikum," Fakrul memberikan sebuah senyuman manis kepada Wardah.
hari ini dia tidak berkopiah.
kelihatan rambut Fakrul yang hitam,lebat dan disikat belah tengah.
ikut sunnah nabi.
'segak jugak mamat ni. hihi,' bisik hati Wardah.
Nurul yang duduk di sebelah jadi tidak keruan.
ke manalah mereka akan pergi
patutla ada dua buah beg di dalam bonet belakang.
resah Nurul memikirkan sebarang kemungkinan.
dia tidak biasa dengan lelaki,
apalagi dengan Fakrul.
"ok. dah sampai!," Nurul mengejutkan Wardah yang nyenyak tidur,
Nurul langsung tidak lelapkan mata selama 2 jam setengah.
namun,dia hanya diam sepanjang perjalanan.
"Tuan putera, jangan tinggalkan saya!!," Wardah mengigau.
'apa la yang dia mimpikan kali ni?,' Nurul terus menggerak-gerakkan badan Wardah.
"woi!! bangun!!," Ilham menjerit dari luar kereta,
bagaikan terkena kejutan elektrik, Wardah terus bangun.
"woi, pekak la telinga aku. apa jerit-jerit ni..
aku tengah syok-syok mimpi jumpa putera raja,"
Wardah menggosok-gosok telinga.
"sudah. aku masuk dulu. membuta je tahu,"
Ilham seperti menahan amarah.dia menggalas beg sandangnya masuk ke dalam rumah.
di dinding luar, tertulis, "Homestay Mak Lang."
Wardah mencebik.
malas-malas dia keluarkan beg dari bonet kereta.
Ilham dari tadi telah masuk ke rumah.
terburu-buru bagaikan mengejar sesuatu.
"Assalamualaikum. saya mak lang Kiah. mak sedara Ilham.
ni kawan-kawan Ilham yang nak buat kerja tu ye. jemput masuk,"
Mak Lang Kiah,wanita berusia 40-an,berbadan gempal,pendek dan berkulit cerah
menyambut Nurul dan Wardah di muka pintu.
Wardah bersalaman dengan Mak Lang Kiah.
sangat sopan tingkah lakunya.
hilang 'brutal'.
"Ni mesti Nurul,kan," Mak Lang memandang Nurul yang baru melangkah masuk ke rumah.
"ye,mak lang, saya Nurul." Wardah memuncungkan mulutnya,
terasa hati dia tidak dilayan.
"bilik kamu yang dekat dengan dapur. yang kat tingkat atas,
biar orang bujang duduk. kat bawah,dekat sikit dengan bilik air,"
Mak Lang menunjukkan bilik untuk Wardah dengan Nurul.
Nurul memasuki bilik. sederhana luas.
jendela terbuka memandang rimbunan pepohon hijau di belakang rumah.
ada katil queen size,sebuah almari baju, cermin tempat berhias,
sejadah dan telekung elok tergantung di ampaian.
"buatlah macam rumah kamu sendiri.
mak lang ke dapur dulu," Mak Lang kiah senyum pada Nurul.
Wardah makin cemburu.
"mak lang tu macam berkenan kat ko je. aku,langsung dia tak pandang,"
Wardah menhenyakkan punggung ke atas katil. dia berpeluk tubuh.
"jangan la fikir bukan-bukan. bersangka-baik la dengan mak lang."
Nurul membentang sejadah mengikut kiblat yang tertera.
telekung diletakkan di atas sejadah.
Nurul keluar untuk mengambil wuduk.
solat zohor akan didirikannya.
di dapur, dia bertembung dengan Fakrul yang baru keluar dari bilik air,
tubuhnya basah dengan air wuduk.
Fakrul menyebak rambut yang menutupi dahinya ke belakang.
'Allah..hensemnya. astaghfirullah al-'azim,' Nurul kembali menundukkan pandangan.
usai solat, Nurul menyarung kembali tudung labuh pink dan niqab hitam.
dia ke dapur. Wardah sudah ada di situ,
menyenduk lauk ikan patin masak tempoyak ke dalam mangkuk.
Wardah sedang uzur, jadi dia terus masuk ke dapur membantu mak lang.
"hah,Nurul. jemputla makan. mak lang masak lauk biasa-biasa je.
harap,Nurul suka la," Mak Lang membawa Nurul duduk di kerusi.
mak lang menyendukkan nasi ke pinggan Nurul.
juga lauk-pauk yang disediakan.
"cukup tak Nurul? ke nak lagi?," mak lang bertanya pada Nurul.
"cukup dah mak lang. Nurul tak makan banyak,"
Wardah mengambil tempat di sebelah Nurul.
dia senduk nasi sendiri.
"hohoho. mak lang suka sangat dapat jumpa Nurul.
teringat pada anak perempuan mak lang yang bongsu tu.
sekarang di maahad tahfiz. sama macam kamu. berpurdah,"
Mak lang duduk menghadap Nurul.
Nurul dan Wardah berpandangan.
nyatalah kini kenapa Nurul diberi perhatian lebih.
Wardah hancurkan semua rasa cemburu yang tumbuh dalam hatinya,
dia faham kini.
"kamu pun hafizah ke?," Mak lang kiah pula menyenduk nasi untuk dirinya sendiri.
"eh,tak la. saya berpurdah dengan rela hati" Nurul minum air sirap yang disediakan Mak lang kiah.
sedikit tawar. orang sudah berusia,kurang suka terlalu manis.
"oh,jadi dah lama dah la kamu berpurdah?,"
mak lang mula menyuap makanan ke dalam mulutnya.
"emm,lama tak lama. dah setahun lebih.
habis graduate. baru berpurdah penuh,"
Wardah menikmati makan tengahari dengan berselera sekali.
jarang dapat menikmati masakan-masakan kampung.
ada sambal belacan,pucuk gajus,ulam raja,belimbing muda.
"Wardah,tambah nasi lagi. jangan malu-malu,"Mak lang berkata kepada Wardah.
"insyaallah,mak lang. saya makan tak sah kalau tak tambah," Wardah tersengih.
mak lang kiah ketawa kecil.
"mana Ilham dengan kawan dia ni? tak turun-turun lagi. kejap ye mak lang panggil mereka,"
mak lang kiah menaiki tangga ke tingkat atas rumah.
Wardah dan Nurul terus asyik menikmati hidangan.
"mana diorang mak lang?," Wardah menambah nasi.
mak lang kembali duduk di kerusinya tadi.
"Ilham tido. kawan dia pula puasa sunat. tak apa la,kita je makan,"
mak lang kiah menyambung makan.
bunyi motor mencecah telinga. bunyi itu mati di luar rumah mak lang kiah.
seorang gadis muda masuk dan salam mak lang kiah.
dia juga salam Wardah dan Nurul.
"lambat balik Siti?,"mak lang menyenduk nasi untuk Siti.
Siti duduk di sebelah mak lang kiah.
"Siti pergi sungai jap tadi. cari port untuk kawan abang Am.
dah jumpa dah," Siti menyudu kuah ikan patin masak tempoyak ke dalam pinggannya.
"Siti ni adik Ilham ke?," Wardah curious.
"eh,tak! kita sepupu dia. nama kita Siti Amirah.
baru 20 tahun. pelajar jurusan fotografi,"
cepat-cepat Siti menerangkan.
"Ilham tu anak yatim piatu. ahli keluarga dia semua dah tak ada.
ayah dan ibunya meninggal dunia dalam kecelakaan jalan raya.
adik lelaki dia,meninggal sebab demam panas masa umur dia 17 tahun.
mak lang keluarga terdekat dia. mak lang pun dah tak ada suami.
ada Siti buat teman mak lang."Mak lang Kiah bercerita penuh perasaan.
"oh...tak tahu pula. dia tak pernah cerita,"
Wardah hiba mendengar cerita mak lang.
"jemput makan," mak lang gagahkan diri senyum kembali.
****************************************************************************************************
"alah...abang Am nak ikut jugak. abang Am jadi assistant Siti eh,"
Ilham buat gaya manja. Wardah sudah duduk di tempat memandu.
Nurul sedang meletakkan peralatan shooting di dalam bonet kereta.
pakaian koleksi baru sudah siap digantung di bahagian tempat duduk belakang.
Ilham berselipar di depan kereta honda city miliknya.
"tak boleh! ni untuk perempuan je.
abang Am tu kena jaga mata.
takut karang jatuh cinta pula tengok kak bunga
dengan kak Nurul masa tangkap gambar."
Siti tegas tidak membenarkan Ilham ikut sekali.
"eii..abang Am dah biasa la tengok diorang.
tak ada apa-apa feel pun. nak ikut!!," Ilham menghentak-hentakkan kaki ke tanah.
"kita kata tak boleh,tak boleh la.
tak paham-paham bahasa ke? ,"
"nak ikut,nak ikut jugak!," Ilham merengek macam budak kecil.
"huhu, kitaorang lepas shooting nak mandi-manda.
nak ikut jugak ke?," Akhirnya Siti memberitahu plan yang telah dirancang.
"erk,erk,erk..nak mandi ke..tak apa la.
erm...abang Am nak pergi memancing dengan Fakrul.
baru abang teringat," badan Ilham kembali tegap.
dia berhenti merengek macam budak kecil.
"bye!,"Siti melambai-lambaikan tangan kepada Ilham.
"akhirnya,aman juga." Siti senyum puas.
"kak,parking kat sini," Siti mengarahkan Wardah parking berdekatan pohon buluh.
keluar dari perut kereta, nyanyian cengkerik dan deruan deras air sungai menyapa
pendengaran mereka bertiga.
Wardah menghirup udara. nyaman.
"sejuknya!," Wardah menggosok-gosok badannya.
"kita bina khemah dulu, lepas tu baru set tempat shooting," Nurul mengeluarkan
semua peralatan dan pakaian dan letak di bangsal dekat situ.
"lagi cepat shooting, lagi cepat mandi. best tau mandi kat sini," Siti menunjukkan tanda bagus
dengan menaikkan ibu jarinya ke atas. 4 jari yang lain digenggam.
"ok,set!," Wardah mengenyit mata pada Siti.
penggunaan cahaya yang cukup,
latar belakang yang cantik,
port yang terbaik,
membuatkan semua gambar yang Siti tangkap
nampak sangat cantik.
di sinilah bakatnya diserlahkan.
tika Wardah menjadi model pakaian,
Nurul pergi bersiap,
begitu pula sebaliknya,
Nurul duduk di atas batu dipinggir sungai.
dia memakai baju kurung moden dengan tudung labuh.
purdah half face berwarna oren melengkapkan
pakaian keluaran baharu NWC.
Nurul memandang langit dan Siti menangkap gambarnya.
"ok. nice pose. lagi,lagi,'
Siti terus menangkap gambar.
"peewiit!!,"kedengaran suara lelaki bersiul.
deruman motor laju meninggalkan kawasan mereka shooting.
"abang Am la tu. tahu je kita kat sini,
ok. giliran kak bunga pula,"
Wardah terkedek-kedek berjalan dalam blouse kembang berbunga kecil.
shawl labuh bersulam tepi menambahkan seri si pemakai.
ini shoot yang terkahir.
Wardah mesti buat yang terbaik.
Nurul duduk di bangsal.
melepas lelah.
sehelai tisu basah dilap pada dahi.
Nurul mengambil handphone dari dalam beg sandangnya,
satu mesej baharu tiba.
cantiknya pengantin kita,
sapa puteranya? hehe -Ilham.
Nurul tersenyum sendiri.
benar la yang tadi tu Ilham.
yang membonceng di belakangnya tu...?
Fakhruddin!
'malunya...' Nurul menekup muka dengan kedua tangannya.
malu sangat.
"eeyyy. sejuknya!!," Wardah menyimbah air sungai ke mukanya.
Siti dan Nurul main baling-baling air.
Nurul hanya bertudung Ariani berwarna hitam.
dia tidak berpurdah memandangkan tiada lelaki di kawasan mereka mandi.
"bestnya!! kalau hari-hari dapat mandi macam ni!
tak nak balik KL je rasanya,"
Wardah tenggelamkan badannya di dalam sungai.
sejuk.
"kak bunga datang la selalu ke sini,
dapat mandi air terjun," Siti mendekati Wardah.
"sapa nak bawa akak?"
"abang Am ada. kalau akak kahwin dengan dia,
kan senang, tiap-tiap bulan abang Am balik tau,"
Wardah terjerat.
"err..em,nape panggil akak kak bunga?
nama akak wardah," Wardah mendapat akal.
"entah, abang Am selalu cerita akak bunga,
akak bunga, kita panggil la akak, kak bunga,"
"iya ke?," Wardah menjadi malu.
"Betul la tu. wardah bahasa arab,maksudnya bunga dalam bahasa melayu,"
Nurul menambah.
"ko ajar dia ke,Nurul? setahu aku dia tak pandai bahasa arab,"
Wardah musykil.
"tak ada la. ko tak perasan ke, dia biasa panggil ko bunga,"
"oh..," Wardah baru sedar.
"jom makan roti sandwich. Siti sediakan tadi,"
Siti sudah naik ke atas darat.
"nyam,nyam,nyam. dap nye..," Wardah makan dengan berselera sekali.
"hahaha. kak bunga,comotnya akak makan," Siti mengesat lelehan sambal ikan tuna
di tepi bibir Wardah.
"terima kasih,dik," Wardah malu.
"nah,akak bunga suap adik sandwich," Siti menganga mulut luas-luas.
'comey je tengok mereka berdua ni. ya Allah, Kau satukanlah Wardah dan Ilham dalam ikatan perkahwinan. aku tahu ya Allah, mereka suka menyukai antara satu sama lain. kabulkan permintaan hamba ini,ya Ilahi,'
Nurul berdoa dalam hati. dia senyum melihat telatah mereka berdua.
Nurul,Wardah,Siti duduk-duduk di ruang tamu.
menonton drama bersiri kegemaran Wardah.
drama yang diadaptasi dari novel cinta
tulisan anak tempatan.
"baik-baik jalan ye Am.
makan la bekal yang mak lang sediakan,"
Mak Lang Kiah menghantar Ilham dan Fakhruddin di muka pintu.
"baik,mak lang. mak lang jaga bunga dengan Nurul baik-baik ye,
Am tak pergi lama. subuh nanti Am balik,"
Ilham menyalam mak lang kiah.
Fakrul menghidupkan motor.
"hisy,mak lang dengan Siti tak ingatnya, kawan-kawan dia
yang diingatnya. iye la. mak lang jaga diorang baik-baik,"
mak lang mencubit pipi Ilham.
Ilham mengadu sakit.
deruman motor semakin mengecil dan menghilang.
Mak Lang Kiah duduk di depan tv.
menyambung melipat kain.
"diorang pergi mana mak lang?," Wardah mengunyah kerepek ubi buatan
mak lang kiah.
"kebun durian. tunggu durian runtuh."
"durian...sedapnya!!," Wardah teruja.
Nurul yang duduk di sebelah Wardah membuka niqob hitam yang dipakainya.
dilipat kemas dan letak di tepi.
"insyaallah,esok lepas sarapan kita ke kebun rambutan dan manggis.
belakang rumah ni,nak?,"kata-kata mak lang kiah membuatkan mata Wardah bulat.
"nak,nak!," Wardah bertepuk tangan.
jika benar jadi, inilah kali pertama dia masuk ke kebun buah-buahan.
keluarganya duduk di bandar.
tiada kebun buah-buahan,
tiada air terjun,
tiada ulam-ulaman.
"sedap la ikan sepat masak sambal tadi," Nurul pula mengeluarkan pendapat.
"alhamdulillah.nak lagi ke? hah, nanti mak lang suruh Am dan Fakrul mengail lagi,"
mak lang rasa berbesar hati mendapat pujian daripada Nurul.
"boleh juga," Nurul memang suka makan ikan sepat.
"iya la. insyaallah. mak ngah akan bagitau diorang esok,"
Mak Lang Kiah bangkit membawa pakaian yang telah siap dilipat ke dalam bilik.
3 anak dara kembali khusyuk menonton drama bersiri di tv3.
"yang tu,yang merah tu. ko jolok yang itu!," Wardah memberi arahan.
dia sedang makan buah rambutan merah.
"amboi..amboi..macam aku ni kuli ko je kan.
aku pun tak makan lagi rambutan dari tadi,tau!," Ilham mengomel.
"ala..ko dah selalu makan. aku jarang..
ni kan first time aku masuk kebun buah,
ko kena la faham aku punya excited,"
Wardah menyumbat buah rambutan yang baharu dikupas ke dalam mulut.
"uh!," Ilham menyambung mengait rambutan.
"lepas ni ko ambik manggis pulak eh,
tak sabarnya nak makan," Wardah memberi arahan baru.
Ilham membuat muka seposen.
'penatnya..sabar je la' kata Ilham dalam hati.
"lagi,lagi,lagi," Wardah menanti buah manggis yang seterusnya
jatuh ke tanah. Ilham berpeluh mengambil buah manggis di atas pokok.
"eeeiiiii,nasib baik la kau ni orang yang aku..
err,tak ada apa la," Ilham menyambung kerjanya.
Wardah di bawah pokok terangkat kening.
"aku ni apa?,"
Wardah menyoal.
"tak ada apa la," Ilham lompat ke atas tanah,
membersihkan pakaiannya dari kotoran.
"aku ni apa?," Wardah tak puas hati.
Ilham berjalan ke buah manggis yang lain.
mahu memetik manggis lagi.
"ko ni sibuk la bunga," Ilham malas melayan.
"apa ni apa?," Wardah menghampiri Ilham.
dia bercekak pinggang.
"kau betul-betul nak tahu?
ko tak menyesal?,"
Ilham berbalik badan berdiri berhadapan dengan Wardah.
Wardah menganggguk laju.
"Wardah...ko seorang yang special di hati aku.
biarpun ko gila-gila,
perangai macam budak-budak,
kuat makan tapi badan kecik,
banyak cakap,
tapi...
bagi aku,
kau sekuntum bunga
yang sangat cantik,"
Ilham menelan liur.
"sudikah ko jadi bunga yang menghiasi hari-hari aku?,"
pandangan mata Ilham menusuk tajam ke hati Wardah.
tak pernah Ilham seserius dan seromantik hari ni,
Wardah tunduk malu.
"hahaha. aku pergi kutip manggis kat pokok tadi.
boleh makan ramai-ramai kat pondok sana,"
Wardah ketawa. dia berjalan ke pokok tadi.
menunduk lalu memasukkan buah-buah manggis ke dalam plastik.
Ilham memanjat pokok manggis.
mukanya serius.
Wardah mencuri lihat Ilham.
'hensem juga dia. kenapa selama ni aku tak perasan?
ahh..sebab aku anggap dia macam musuh aku.
si penyibuk.
kenapa..aku langsung tak sedar,
dia cintakan aku?'
***********************************************************************************************
"terima kasih,Ilham. susahkan ko je ambil buah-buah ni," Nurul mengupas buah manggis.
semua orang berkumpul di pondok di tepi rumah mak lang kiah.
Siti merakam memori indah petang itu dengan lensa kamera.
yang lain sedang enak merasa buah-buahan kebun mak lang kiah.
selepas itu, Siti pass kameranya pada Fakrul,
"abang Fakrul, tangkap gambar Siti dengan kak Nurul,"
Nurul berhenti makan buah manggis.
Siti meletakkan tangan dibahunya.
Nurul malu-malu memandang lensa kamera.
memandang kamera bermakna memandang Fakrul.
"1,2,3!,"
Fakrul menangkap sekeping gambar Siti bersama Nurul.
tiba-tiba Wardah muncul dibelakang Siti dan Nurul.
"bergambar tak ajak. biar aku masuk sendiri. haha,"
Wardah buat muka tak malu.
''one more Fakrul,"Wardah menunjukkan nombor 1 ke pada Fakrul.
"ok,ready," snap.
''mak lang pun,nak jugak," Mak Lang duduk di sebelah Nurul.
" Am pun nak masuk sama," Ilham muncul.
dia berdiri di sebelah Wardah.
Wardah menjauh dari Ilham.
Ilham buat-buat tak tahu.
Fakrul mengambil beberapa keping gambar.
berbagai aksi ditempa.
Nurul kurang sedikit berasa malu bila bergambar beramai-ramai.
petang itu berisi gelak tawa mereka.
bergema memenuhi ruang angkasa.
bagi aku masa fikir dan istikharah- Wardah.
-message send-
"ko buat apa tu,Wardah? busy je,"Nurul baring disebelah Wardah.
"eh,tak ada apa-apa. best,kan duduk kampung,"
Wardah menyimpan handphone di bawah bantal.
"best sangat. tengok macam dalam bilik ni.
tak payah kipas. sejuk dah," Nurul memeluk bantal peluk.
"yup. benaran,mbak. hehe," Wardah cuba bercakap Indonesia.
"eh, gambar kita ada dekat Siti lagi ke? esok dah nak balik," Wardah baru teringat .
"ha'ah. erm,agaknya Siti tengah edit kot. biar Nurul pergi tengok jap,"
Nurul bangkit dari pembaringannya.
menyarung tudung labuh dan purdah putih.
Nurul ke tingkat atas.
biip.biip.
Wardah mengambil kembali handphone.
''ok. take your time. i'm waiting you,my flower,''
Wardah menekup mukanya dengan bantal.
hatinya berbunga-bunga.
"abang Fakrul, ok tak hasil kerja Siti?,"
Siti menunjukkan gambar Wardah kepada Fakhruddin.
Fakrul berdiri di sisi Siti yang menghadap laptop.
"em..cantik! abang suka," Fakhruddin membalas.
Nurul tidak jadi mendekati Siti.
begitu mesra mereka berdua.
Nurul berpatah balik.
'esok je la. aku ni akan mengganggu mereka berdua je,'
Nurul melangkah pulang ke biliknya.
"Siti,sendukkan abang nasi goreng lagi.
sedap la makan dengan ikan masin ni,"
Fakhruddin menghulur pinggannya kepada Siti.
''nah,bang,"
Siti menyendukkan nasi goreng ke pinggan Fakhruddin.
selesai makan.
"alhamdulillah, kenyang," Fakhruddin membaca doa selepas makan.
"abang,biar Siti basuhkan pinggan abang,"
Siti mengambil pinggan Fakhruddin daan dibawa ke singki.
Nurul hanya memerhati.
'ya Allah,jika benar dia bukan untukku,
hapuskanlah perasaan ini dari hatiku.
dia ku lihat sesuai dengan Siti.'
Nurul memejamkan mata.
baru sampai Bentong. masih jauh lagi perjalanan.
Ilham yang sedang memandu mencuri-curi memandang
Wardah yang duduk dibelakangnya.
Wardah menyedari lalu menjegilkan mata kepadanya.
Ilham mengekeh ketawa.
ada harapan cintanya disambut.
"Bro,kita singgah solat kat RnR Sg. Buloh. dah nak masuk maghrib ni,"
kata-kata Fakhruddin mengejutkan Ilham.
"haha. ok. ok," Ilham terus memandu.
sekali-sekali,dia menjeling memandang Wardah di belakang.
"Nurul,bangun. solat maghrib,"
Wardah menggerakkan Nurul.
Fakhruddin menutup pintu kereta.
dia memandang sekilas raut wajah Nurul. Tenang.
"jom,bro. Wardah tak boleh solat. dia duduk dalam kereta je,"
Ilham memaut bahu Fakhruddin.
"ko jadi imam eh?," Fakhruddin mengusik Ilham.
"hahaha. ko je la," Ilham mengelat.
"eh,nak jadi imam keluarga dah, kena berlatih,"
Fakhruddin menjeling Ilham.
dia sudah maklum akan lamaran Ilham pada Wardah.
"oit, ko kenakan aku eh. ye la bro,aku cuba. jom," Ilham berlari meninggalkan
Fakhruddin di belakang. Fakhruddin mengejar Ilham sampai ke surau.
"erm,Nurul. aku nak balik kampung minggu ni.
ada hal family. tak apa ke ko tinggal sorang-sorang kat rumah?,"
Nurul berhenti membaca buku.
dia senyum pada Wardah yang berdiri di sisinya.
"insyaallah. boleh je. Allah kan ada,"
Nurul menyambung bacaan.
"fuh,lega aku dengar jawapan ko.
jaga rumah baik-baik tau. jangan bagi lelaki masuk,"
pesan Wardah.
"erm,Nurul rasa Nurul tak boleh la ikut cakap Wardah,"
"lah, kenapa?,"
"nanti Miaw datang. Nurul kena bagi dia masuk jugak.
nak bagi dia makan,"
"so,apa masalahnya? bagi je la dia masuk," Wardah pelik.
"Miaw kan lelaki. jantan," Nurul buat muka serius.
"eeii,dia ni..nak kena sekeh ni,meh sini."
Wardah menghampiri Nurul.
dia menggeletek pinggang Nurul,
terkekeh-kekeh Nurul ketawa.
"geli,geli,stop.stop,"Nurul meminta belas kasihan.
"tak boleh," Wardah menjulurkan lidah.
Nurul bangun dan berlari mengelilingi rumah sewa.
tak sanggup lagi digeletek Wardah.
berbisa.
"mana nak lari hah. hehe," Wardah mengejar Nurul sampai dapat.
kemudian, Nurul pula menggeletek pinggang Wardah.
Wardah pula melarikan diri.
"wey,geli wey. dah dah,"
"tau takpe. tak kira. nak geletek jugak. haha,"
mereka berdua berkejaran sampai penat.
Nurul demam ketika hari Wardah menghadiri kursus kahwin.
Nurul hanya baring di katil.
Wardah akhirnya setuju menjadi bunga di hati Ilham
setelah berbincang dengan ahli keluarganya.
itu la tujuan dia pulang ke kampung halaman.
" Akhirnya Wardah dengan Ilham. alhamdulillah.
aku....?," Nurul memandang jendela,
burung-burung bertebangan.
Nurul bangkit untuk makan ubat.
setelah menelan panadol,
dia sambung tidur.
melupakan soal jodoh yang belum kunjung tiba.
**********************************************************************************************
majlis perkahwinan Wardah dan Ilham meriah sekali.
memandangkan Wardah anak perempuan tunggal keluarganya,
keluarga Wardah tetap mahu membuat pelamin.
Nurul menjadi pengapit pengantin perempuan dan
Fakhruddin menjadi pengapit pengantin lelaki.
Siti dan Mak Lang Kiah tersenyum lebar di sisi pelamin.
yang melihat persandingan Wardah dan Ilham hanya ahli keluarga kedua-dua belah.
usai acara persandingan, Wardah dan Ilham membaling gula-gula
kepada kanak-kanak.
anak-anak abang Wardah berkejar-kejaran mengejar gula-gula.
Wardah memakai gaun putih seperti cinderella dengan sarung tangan penuh
dijahit sendiri oleh Nurul.
"terima kasih,Nurul.terima kasih atas segalanya."
Wardah menggenggam erat tangan Nurul.
ahli keluarga Wardah sedang enak makan kek yang baru dipotong Wardah
dan Ilham.
"sama-sama. doakan Nurul cepat sampai jodoh,"
sepet mata Nurul. dia senyum dibalik purdah krim.
"insyaallah. akan aku doakan,"
"sayang, nak kek?," Ilham menghampiri Wardah.
mendengar panggilan 'sayang',Nurul mengangkat kening.
Wardah menbulatkan mata.
dia mencubit Nurul.
"auww!, Ilham tengok Wardah ni."
"sayang,jangan la macam ni. kesian Nurul,"
"ehem,ehem.dengar cakap suami tu," Nurul membalas.
"baiklah abang. ayang tak buat lagi," Wardah mengalah.
sekarang dia dah jadi isteri Ilham,dia wajib taat akan suruhan suami.
"macam ni la isteri abang. meh,abang suap kek,"
Ilham menyuap isterinya kek dengan penuh kasih-sayang.
Siti merakam gambar comel Ilham dan Wardah saling menyuap kek.
tadi,Nurul,Wardah dan Ilham potong kek bersama-sama.
hari ini hari lahir Nurul yang ke-24.
"Nurul,nah," Fakhruddin menghulurkan sebungkus hadiah.
kecil sahaja. seperti kotak pensil.
"apa ni?," Nurul bertanya. dia menyambut bungkusan hadiah tersebut.
"sanah helwah," Fakhruddin mengucapkan selamat hari lahir dalam
bahasa arab.
dia berlalu pergi.
Nurul menggoncang-goncang kotak hadiah.
'ada bunyi. apa ya?' dia senyum memandang kotak hadiah.
"ko jaga diri. dengar cakap suami.
jangan nak bergaduh je," Nurul berpesan pada Wardah.
hari ini, Wardah akan pindah ke rumah suaminya.
dengar cerita, Fakhruddin telah pindah rumah.
tak tahu ke mana.
sejak majlis pernikahan Wardah dan Ilham,
Nurul tak bertemu Fakhruddin lagi.
"ok,bos!,"
Wardah mengenyitkan mata kepada Nurul.
"dah siap?,' Ilham memeluk isterinya.
Nurul menahan gelak.
"romantiknya dia..,"
Nurul berkata separuh berbisik.
"hehe. dah halal. apa salahnya," Ilham makin mengeratkan pelukan.
dia kiss pipi kanan Wardah.
Wardah menumbuk manja dada suaminya.
"alhamdulillah, seronok Nurul tengok korang bahagia."
Nurul senyum lebar.
"doakan kebahagiaan kitaorang ok," Ilham meninggalkan pesan.
Wardah masuk ke dalam kereta honda city hitam Ilham.
kereta myvi miliknya ditinggalkan di rumah sewa.
Nurul disuruh gunakan kereta tersebut untuk ke mana-mana.
"kitaorang bergerak dulu. assalamualaikum," Ilham memulakan pemanduan.
"Wa'alaikummussalam warahmatullah. hati-hati di jalan raya," Nurul melambaikan
tangan ke arah pengantin baharu.
"tata! jumpa kat butik," Wardah melaung dari cermin kereta.
Nurul mengangguk faham.
Nurul membaca wirid selepas solat isyak.
selepas membaca al-fatihah dan ayat kursi,
dia mencapai seutas tasbih di atas katil.
dia mula tenggelam dalam tasbih,tahmid dan takbir
kepada pencipta.
butir-butir tasbih batu itu diratib satu persatu
bertambah cintaNya kepada Allah.
zikrullah menenangkan hatinya.
menambahkan dekat rasanya kepada Ilahi.
merasai kerdil dibandingkan kuasa Rabbnya
mengagumi sifat ketuhanan Yang Maha Esa.
Nurul melepaskan tasbih.
dia berdoa kepada Allah dengan khusyuk.
dia mendoakan kebahagiaan rumah tangga Wardah dan Ilham
dia berdoa, diringankan jodoh untuknya.
Nurul mengusap tangan ke muka.
telekung dibuka. dilipat dengan kemas.
Nurul meletakkan tasbih di atas katil semula.
kemudian, Nurul baring di atas katil.
dia menyambung meratib butir-butir tasbih.
biarpun tasbih itu pemberian lelaki yang pernah menakluki hatinya
dia tidak pula berasa berlebihan
malah,rasa cinta kepada Rabbnya semakin bertambah
semakin diratib butir-butir tasbih,
semakin membuak cintanya pada yang Esa.
ringtone lagu 'ayat-ayat cinta'
menghentikan Nurul dari bertasbih seketika
Nurul menekan butang hijau pada telefon bimbitnya
"assalamualaikum, ya mak,"
"jadi,apa keputusan ko? terima atau tak?,"
Wardah mencicah mangga muda ke dalam kicap.
di bawa ke mulutnya yang kecil.
semenjak disahkan mengandung ni,
dia tidak berhenti-henti makan
lagi-lagi makanan yang masam macam jeruk
dan mangga muda.
"Nurul dah buat istikharah, tapi tak ada mimpi apa-apa.
Nurul ikut kata hati, terima pilihan keluarga,"
"wah, kiranya ko dah terima la pinangan tu?,"
"iya,"Nurul mengangguk-ngangguk kepala.
"orang mana?"
"kata mak,orang pantai timur."
"oh,jauh la ko balik rumah mak mentua,"
"dah jodoh,aku terima,"
"sape nama dia?,"
"berdasarkan yang abah cerita,
orang panggil dia Ahmad,"
"Ahmad, macam ada satu lagu tu pulak.
hehe.
tahniah,sahabat.
akhirnya, tiba jugak jodoh ko,"
Wardah menyua mangga muda ke mulut Wardah.
Wardah menolak.
"eleh,eksyen. tunggu la dia mengandung nanti.
mengidam benda ni,"
Nurul menjulurkan lidah.
"Ahmad Fakhruddin bin Attar, aku nikahkan dikau dengan anak perempuanku,
Nurul Batrisya binti Ali dengan mas kahwinnya 80 ringgit tunai,"
abah Nurul menggengam erat tangan pengantin lelaki.
"Aku terima nikahnya Nurul Batrisya binti Ali dengan mas kahwinnya 80 ringgit tunai,"
"Sah? sah?," abah Nurul bertanya saksi-saksi disekelilingnya.
"sah! sah! sah!,"
"alhamdulillah. bismillahirrahmanirrahim. allahuma..."
tok kadi membacakan doa.
Nurul berdebar-debar menunggu waktu membatalkan air sembahyang.
Wardah disebelahnya tersemput-semput mengaminkan doa.
usia kandunagannya sudah 7bulan.
"assalamualaikum,cinta," suami Nurul memberi salam. dia duduk menghadap Nurul.
"wa'alaikumussalam warahmatullah, rindu," Nurul mengangkat muka.
Fakhruddin menghadiahkan senyuman.
Senyumannya menusuk ke hati Nurul.
Nurul memejamkan mata, menahan debaran.
"salam tangan suami," suara Asyraf kedengaran.
mana mungkin dia akan ketinggalan daripada menyaksikan pernikahan
sahabat sekelasnya dahulu.
Aisyah disebelah menepuk-nepuk bayi perempuan mereka.
dia manis berniqob hitam.
Nurul menarik nafas dalam-dalam.
mengumpul kekuatan.
dengan tangan terketar-ketar,
dia menyalam tangan Fakhruddin.
Fakhruddin kemudiannya membaca doa di ubun-ubun Nurul
diikuti ciuman pertama di dahi Nurul.
semua hadirin bergambar bersama.
Fakhruddin menggenggam erat tangan isterinya yang sah.
Nurul bersalaman dengan hadirin yang ada di masjid at-taqwa yang berdekatan dengan
rumah keluarga Nurul.
Fakhruddin teringat akan mimpinya setengah tahun yang lalu,
Fakhruddin melalui persisiran pantai.
dia berzikir memuji Allah dengan tasbih yang dia kasihi
ombak menderu berirama
angin sepoi-sepoi bahasa
menerbangkan ekor serban putihnya
Fakhruddin terus melangkah sehingga
tubuh seorang muslimah jelas pada penglihatannya
tika itu hari sudah menghampiri waktu maghrib
wanita muslimah itu memegang lampu pelita
menantinya penuh setia
Fakhruddin melangkah semakin hampir
kepada wanita muslimah itu
dia dapati cahaya lampu itu sangat terang
menutupi wajah wanita muslimah itu
"man enti?"
"ana zaujahtuka" wanita muslimah itu menurunkan lampu pelita
rendah dari wajahnya
'dia!'
kedua mata wanita muslimah itu tersenyum.
sepet.
purdah putihnya menutupi keseluruhan wajah
Fakhruddin membicarakan hal mimpinya kepada Ilham.
Ilham terus meminta bantuan isterinya agar memberi alamat
rumah keluarga Nurul.
Fakhruddin menghantar wakil,kakak dan abang iparnya yang
duduk di Bandar Tasik Selatan, meminang Nurul untuknya
keluarganya menggelar Fakrul, Ahmad
kerana nama itu nama yang juga dipanggil oleh orang akan
Nabi Muhammad saw
namun,jika dengan orang luar
Fakhruddin lebih senang dipanggil Fakrul
Pinangan diterima
persiapan dilakukan
tanpa perjumpaan,
tiada dating atau calling
mereka berdua bertemu di hari pernikahan
Nurul terkejut melihat dia orangnya
yang digelar Ahmad
namun, Nurul menyalamnya tanpa kata
air mata mengenai tangan Fakhruddin ketika salam.
"Allah, Allah, Allah," zikirullah Nurul kedengaran ketika ciuman pertama
singgah di dahi Nurul.
oleh sebab itu, dia menggengam erat tangan Nurul selepas itu.
menyalurkan kehangatan
mengalirkan arus elektrik chemistry
menyemai perasaan kasih
Nurul membalas genggamannya dengan lebih erat.
Fakhruddin tersenyum. Gembira. Syukur
"Baby,apa main tasbih umi ni?,"
Uwais al-Qarni menggigit-gigit batu tasbih.
Nurul datang ke sisi Uwais dan menggeletek pinggang anaknya.
anak kecil itu mengekeh ketawa.
"assalamualaikum cinta," Fakhruddin membuka serbannya.
dia baru pulang dari menunaikan solat isyak berjemaah di surau
berdekatan rumah.
"wa'alaikummussalam warahmatullah rindu..," Nurul menyalam suaminya yang tercinta.
Fakhruddin mencium pipi Uwais al-Qarni.
Fakhruddin memainkan janggutnya di perut Uwais al-Qarni.
anak kecil itu ketawa sungguh-sungguh.
terlepas tasbih yang dimainnya dari tangan anak kecil itu.
tangan Nurul dan Fakhruddin bersentuhan.
sama-sama mengambil tasbih itu.
mata mereka bertembung.
senyuman bertamu.
bahagia.
-TAMAT-.